Cari @ Amanz

Oppo R9 akan dilancarkan secara rasmi esok dan spesifikasi lengkap dua model yang akan dilancarkan tertiris. Untuk Oppo R9 ia dilengkapi skrin 5.5″ AMOLED 1080P, diperkasakan pemproses 8 teras, RAM sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalam 64 Gigabyte. Kemampuan optik ialah kamera utama 16 Megapixel dan kamera hadapan 13 Megapixel. Bateri yang disertakan pula ialah sebesar 2850 mAh.

Oppo R9 R9 Plus 2Oppo R9 Plus pula mempunyai skrin 6″ AMOLED 1080P, pemproses Snapdragon 652, RAM sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalaman 64/128 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama dan hadapan sebesar 16 Megapixel. Bateri yang lebih besar 4120 mAh digunakan pada peranti ini.

Kedua-dua peranti dilengkapi pengimbas cap jari pada bahagian hadapan. Sistem operasi yang digunakan pula ialah Android 5.1.1 Lollipop dengan pelancar ColorOS 3.0. Kedua-duanya juga menyokong dwi SIM bersaiz nano dan menyokong penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD.

Oppo R9 R9 Plus 3

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd