Instagram Akan Menggunakan Paparan Berasaskan Algoritma – Tidak Lagi Mengikut Kronologi

Instagram Akan Menggunakan Paparan Berasaskan Algoritma – Tidak Lagi Mengikut Kronologi

Diterbitkan pada Mac 16, 2016 oleh .

InstagramAlgoritma ialah perkataan yang mungkin paling dibenci pada tahun 2016. Apabila Twitter mengumumkan akan mengubah susunan susur masa mengikut algoritma dan bukan lagi secara kronologi, mereka menerima reaksi negatif dari pengguna. Tindakan Twitter yang meniru gaya paparan algoritma Facebook dipandang sebagai merosakkan pengalaman pengguna. Sekiranya anda kurang gemar dengan susur masa Facebook berita ini akan merosakkan hari ini.

Instagram hari ini mengesahkan mereka sedang mencuba susur masa menggunakan algoritma Facebook pada perkhidmatan mereka. Buat masa ini hanya beberapa pengguna akan dapat melihat paparan baru ini. Susur masa akan memaparkan gambar yang dirasakan lebih relevan kepada pengguna dengan melihat sejarah like dan akaun mana yang paling kerap dilawati.

Ini menurut Instagram akan membuatkan anda tidak akan lagi terlepas gambar yang dimuat oleh orang yang penting di dalam hidup anda. Adakah perubahan susur masa ini tindakan yang bijak? Bak kata pepatah Melayu, belum cuba belum tahu.


TIPS & ULASAN