Cari @ Amanz

Xiaomi mempunyai pelbagai penawaran menarik selain daripada telefon pintar dan tablet mereka. Sebelum ini, mereka telah memasuki arena pengangkutan melalui pelaburan pada Ninebot, dan kini mereka turut memperluaskan portfolio mereka dengan membuat pelaburan pada syarikat basikal, iRiding.

Syarikat yang dilabur oleh Xiaomi ini bakal melancarkan basikan pintar mereka pada minggu ini, dikenali dengan nama QiCycle. Basikal berkenaan akan dijual seperti beberapa produk Xiaomi yang lain, iaitu melalui laman jualan Mi.com mereka di China. Sebelum ini, Xiaomi turut telah membuat pelaburan pada satu lagi pengeluar basikal, Yunmake.

Basikal

Basikal pintar daripada iRiding ini dikatakan bakal menggunakan binaan berasaskan karbon fiber, dan dilengkapi beberapa sensor untuk memantau gaya pemanduan pengguna. Apa yang mengejutkan adalah harga jualannya, yang dikatakan akan berharga sekitar $3000 (~RM12415).

Mungkin kita akan mendengar maklumat lanjut mengenai basikal ini dalam beberapa hari lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd