PitchIn Memperkenalkan Platform Pelaburan Ekuiti – Kini Semua Boleh Menjadi Pelabur

PitchIn Memperkenalkan Platform Pelaburan Ekuiti – Kini Semua Boleh Menjadi Pelabur

Diterbitkan pada Mac 16, 2016 oleh .

PitchIn merupakan salah satu platform yang memfokuskan kepada crowdfunding dan telah beroperasi sejak beberapa tahun yang lepas. Terkini, hari ini, PitchIn memperluaskan penawaran mereka dan membawa arena pelaburan setapak kehadapan dengan memperkenalkan pelaburan berbentuk ekuiti.

Berbeza dengan sebelum ini, melalui PitchIn Equity, ia membolehkan sesiapa sahaja membuat pelaburan dengan nilai bermula RM1,000 dan mempunyai pegangan ekuiti dalam syarikat yang dilabur. Ini adalah berbeza dengan pelaburan melalui crowdfunding biasa yang hanya sekadar dalam bentuk sumbangan tanpa sebarang pegangan pada syarikat atau produk yang dilabur.

Disamping membuat pelaburan, bagi syarikat yang ingin mengumpulkan dana operasi, mereka juga turut boleh menggunakan platform PitchIn untuk mengumpulkan dana. Beberapa kriteria perlu dilalui sebelum dapat menyenaraikan syarikat anda dalam PitchIn, dan ia akan ditapis oleh pihak PitchIn terlebih dahulu.

PitchIn

Bergerak ke hadapan, PitchIn juga merancang untuk memperkenalkan kebolehan membuat perdagangan ekuiti dalam syarikat – lebih kurang seperti pasaran saham, tetapi lebih tertumpu untuk syarikat-syarikat yang melalui pelaburan dala PitchIn. Tetapi, ia masih lagi pada peringkat idea awal, dan masih perlu melalui pelbagai proses termasuk kebenaran pihak berkuasa sebelum diaplikasikan.

Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mula memberikan lesen kepada beberapa syarikat untuk memperkenalkan perkhidmatan pelaburan ekuiti, dan PitchIn merupakan salah satu daripadanya. Dengan pelancaran pelaburan ekuiti oleh PitchIn hari ini, mungkin kita akan melihat beberapa pesaing lain akan turut hadir tidak lama lagi.

Layari : PitchIn Equity


TIPS & ULASAN