Cari @ Amanz

Waze hari ini mengemaskini aplikasi iOS, dan turut menyertakan sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai Planned Drives. Melalui fungsi ini, pengguna boleh menetapkan ingin ke mana pada sesuatu masa, dan Waze akan mengingatinya dan memberikan notifikasi bila anda perlu mulakan perjalanan.

Waze Planned Drive

Waze sedia menyokong integrasi kalendar padanya dalam usaha memudahkan anda ke temujanji di sesuatu lokasi. Tetapi, fungsi ini sedikit berbeza, dan membolehkan anda menyertakan perancangan ke sesuatu lokasi yang tidak terdapat pada kalendar anda.

Planned Drives akan mengambil kira keadaan trafik masa-nyata, dan memberikan notifikasi bila anda perlu mulakan perjalanan supaya tidak tersangkut di atas jalan raya.

Fungsi ini bakal hadir ke versi Android tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd