Nixon Mission – Jam Tangan Android Wear Khas Untuk Peminat Sukan Lasak

Nixon Mission – Jam Tangan Android Wear Khas Untuk Peminat Sukan Lasak

Diterbitkan pada Mac 17, 2016 oleh .

Terdapat beberapa “perisa” jam tangan pintar yang boleh anda miliki. Kepada yang mahukan rasa buah mereka boleh membeli Apple Watch. Kepada yang mahukan kemanisan Android pula Huawei Watch dan Motorola Moto 360 sudahpun dijual di Malaysia. Kepada yang menyukai kepedasan kimchi, Gear S2 dihasilkan oleh Samsung. Kesemua jam tangan pintar ini direka untuk citarasa tertentu. Nixon Mission ialah sebuah lagi jam tangan pintar Android Wear tetapi mensasarkan golongan peminat sukan lasak.

Nixom-Mission-2

Jam tangan pintar bersaiz 48mm ini tahan lasak dan kalis air sehingga kedalaman 100 meter. Nixon Mission mempunyai skrin 1.39″ AMOLED 400×400 pixel, diperkasakan pemproses Snapdragon 2100, RAM sebesar 512 Megabyte dan muatan dalaman 4 Gigabyte. Ia dilengkapi sistem GPS, giroskop, barometer, termometer, altimeter, pengesan kelembapan dan pengimbas nadi. Skrin sesentuh jam tangan pintar ini direka supaya mampu digunakan walaupun dalam keadaan basah. Sekiranya anda berminat anda perlu menunggu sehingga Oktober dan harga jualan pula ialah $400 seutas.


TIPS & ULASAN