Nike HyperAdapt 1.0 Dilancarkan – Kasut Mengikat Secara Automatik Back To The Future II Kini Realiti

Nike HyperAdapt 1.0 Dilancarkan – Kasut Mengikat Secara Automatik Back To The Future II Kini Realiti

Diterbitkan pada Mac 17, 2016 oleh .

Mengikut filem Back to The Future II tahun lalu kita sudah mempunyai kereta terbang, papan apung berkuasa roket, pizza mikro yang masak dalam masa 10 saat dan kasut yang mengikat dengan sendiri. Setakat ini hanya satu sahaja menjadi realiti apabila Nike menghasilkan Nike Mag edisi terhad tahun lalu.

Rekaan kasut Nike Mag ini adalah tidak praktikal untuk kegunaan di dunia sebenar dan hanya dihasilkan sebagai membantu mengumpul dana penyakit Parkinson pelakon Michael J Fox. Hari ini Nike melancarkan HyperAdapt 1.0, kasut yang mengikat secara automatik dengan rekaan yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Kasut ini mempunyai sensor pada bahagian tumit yang mengesan kaki pemakai. Apabila ia ditekan sistem tali akan mengetat secara automatik. Terdapat dua butang pada kasut untuk melonggarkan atau mengetatkan lagi tali untuk keselesaan pemakai. Seperti Nike Mag, HyperAdapt 1.0 turut mempunyai lampu terbina pada bahagian tumit dan tapak kasut. Kasut ini hanya akan dijual kepada ahli Nike+ pada penghujung tahun ini. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi dijangka jauh lebih murah berbanding Mag yang mencecah $6000 sepasang.


TIPS & ULASAN