Cari @ Amanz

Lihatlah ke langit pagi ini dan hirup udaranya. Tenung ke kaki langit dan apa yang anda lihat? Ya ada kemungkinan besar anda tidak dapat melihat kaki langit dan matahari pula tampak seperti bebola oren yang terapung. Jerebu datang lagi seperti keropok Tora walaupun kerajaan Indonesia sudah menjanjikan ia tidak akan berlaku lagi tahun ini.

Kerajaan Malaysia pula bertegas sekali lagi ingin berbincang tentang masalah tahunan ini walaupun skrip yang sama sudah dikitar semula sejak sekurang-kurangnya 10 tahun yang lalu. Pihak berkuasa dari kedua-dua negara nampaknya tidak tegas dalam menangani masalah pencemaran yang mengganggu kehidupan puluhan juta penduduk di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei.

Kepo-HUtan-2Jerebu berlaku lagi akibat pembakaran hutan. Keran tiada akses kepada baja kimia, pekebun membakar kawasan hutan yang baru ditebang. Kebakaran kemudian menjadi semakin teruk apabila ia merebak ke kawasan tanah gambut kering. Apabila ini berlaku ia menjadi sukar untuk dipadamkan. Bosan dengan masalah tahunan ini Greenpeace Indonesia melancarkan laman Kepo Hutan.

Menerusi lama interaktif ini pengunjung boleh melihat di manakah kebakaran sedang berlaku. Pada waktu yang sama peta pengecilan kawasan hutan di Indonesia sejak 1999 dan habitat orang utan turut boleh dilihat. Greenpeace Indonesia berharap sekiranya rakyat Indonesia lebih “kepoh” tentang kawasan kebakaran, mereka akan lebih peduli dan mengetahui seteruk manakah masalah kebakaran hutan tahunan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd