Aplikasi Natif Facebook Untuk BlackBerry 10 Ditamatkan Dan Digantikan Dengan Versi Web

Aplikasi Natif Facebook Untuk BlackBerry 10 Ditamatkan Dan Digantikan Dengan Versi Web

Diterbitkan pada Mac 17, 2016 oleh .

Aplikasi Facebook untuk BlackBerry boleh dikatakan agak bermasalah sejak beberapa bulan yang lepas, dan hari ini, kemaskini untuknya telah diumumkan, dimana ia hadir dengan menggantikan aplikasi berbentuk natif dengan sebuah aplikasi yang membawa akses terus ke versi web Facebook.

Pengenalan ini mungkin tidak diminati ramai pengguna BlackBerry 10, memandangkan ia tidak lagi boleh diintegrasikan bersama-sama BlackBerry Hub. Namun, bagi anda yang aktif menggunakan Facebook, mungkin selesa memandangkan akhirnya anda boleh menggunakan kembali aplikasi Facebook pada peranti anda.

Pada masa yang sama, memandangkan ianya adalah aplikasi versi web, maka pengguna boleh mengakses kesemua fungsi yang terdapat pada Facebook dan tidak perlu menantikan waktu yang sekian lama untuk mendapatkan fungsi berkenaan pada peranti BlackBerry anda.

Aplikasi Facebook sedia ada akan ditamatkan sokongannya bermula 31 Mac ini, dan semua pengguna perlu mengemaskini aplikasi mereka menjadi versi web untuk terus menggunakannya.

Pengumuman ini semestinya mengecewakan ramai pengguna, apatah lagi WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook turut telah mengumumkan penamatan sokongan untuk BlackBerry 10 sebelum ini.


TIPS & ULASAN