Samsung Galaxy S7 Edge Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Samsung Galaxy S7 Edge Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Mac 17, 2016 oleh .

Samsung Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Galaxy S7 Edge. Seperti ramai sedia maklum, ia merupakan variasi telefon pintar Galaxy S7 yang hadir dengan rekaan bahagian tepi yang melengkung.

Samsung Galaxy S7 Edge membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi QHD, dilengkapi cip Exynos, dan memori 4GB RAM.

Samsung Galaxy S7

Pihak Samsung mengatasi beberapa masalah yang yang telah diketengahkan sebelum ini, termasuk pengenalan ruangan mikro-SD untuk memperluaskan storan 32GB. Samsung menggunakan sokongan hibrid-SIM untuk mikro-SD, maka pengguna boleh memilih sama ada ingin menggunakan SIM kedua ataupun kad mikro-SD. Peranti ini juga dilengkapi dengan sokongan kalis air padanya.

Untuk bahagian kamera, Samsung meneruskan legasi mereka, dan menyertakan kamera 12-megapixel dengan f/1.7, serta kamera hadapan 5-megapixel. Ia turut dilengkapi dengan bateri 3600mAh untuk penggunaan sepanjang hari.

Pihak Samsung turut mengemaskini perisian yang digunakan pada Galaxy S7 Edge ini, dan menyertakan fungsi Always On untuk skrin yang aktif sepanjang masa, disamping lebih akses kepada kandungan pada Edge Screen.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S7 Edge dijual bermula hari ini pada harga RM3099. Samsung mengatakan ia turut dilengkapi dengan sokongan Galaxy Butler Service, membolehkan pengguna Galaxy S7 Edge menikmati sokongan jaminan 24 jam, dan hadir dengan sokongan boleh baiki semula peranti dalam masa kurang sejam.

Samsung Galaxy S7 Edge

Galaxy Butler Service


TIPS & ULASAN