Samsung Pay Akan Diperkenalkan Di Malaysia Pada Suku Ke-Empat 2016

Samsung Pay Akan Diperkenalkan Di Malaysia Pada Suku Ke-Empat 2016

Diterbitkan pada Mac 17, 2016 oleh .

Berkongsi ketika pelancaran Samsung Galaxy S7 Edge, pihak Samsung Malaysia mengatakan perkhidmatan pembayaran menggunakan peranti mudah-alih mereka, iaitu Samsung Pay akan hadir ke pasaran tempatan sekitar suku ke-4 2016 ini.

Samsung Pay

Samsung Pay membolehkan pengguna peranti Samsung Galaxy untuk membayar pada platform pembayaran kad kredit yang digunakan secara meluas dengan hanya menggunakan telefon mereka, tanpa perlu mengeluarkan kad kredit. Berbeza dengan beberapa penawaran di pasaran, Samsung Pay turut menyokong sistem pembayaran menggunakan MLS yang digunakan secara meluas oleh kebanyakkan kedai jualan di seluruh dunia, sekaligus membolehkan pengguna menggunakannya tanpa perlu risau sama ada ia disokong ataupun sebaliknya.

Samsung Pay

Samsung mengatakan mereka dalam perbincangan bersama beberapa bank tempatan, dan akan berkongsi lebih lanjut mengenai Samsung Pay untuk Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN