AceDeceiver – Trojan Terkini iOS Menyerang China

AceDeceiver – Trojan Terkini iOS Menyerang China

Diterbitkan pada Mac 17, 2016 oleh .

Kerentanan ialah perkataan yang semakin kerap disangkutkan dengan sistem operasi iOS. Kerana iOS semakin banyak digunakan, ia mula menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab untuk mencari mangsa. Trojan baru AceDeceiver kini mula ditemui di China. Trojan ini mampu mengambil alih peranti iOS sungguhpun ia tidak menjalani proses jailbreak. Penggodam kemudian boleh mencuri maklumat perbankan pengguna peranti.

AceDeceiver Trojan IOS 1AceDeceiver menjangkiti peranti iOS melalui penggunaan Aisi Helper, sebuah program PC yang mengeksploitasikan kerentanan pada sistem DRM FairPlay yang digunakan Apple. Aisi Helper dimuat turun sebagai alternatif kepada iTunes oleh pengguna di China. Ia kemudian akan memasang aplikasi tanpa pengetahuan pengguna dan ini membenarkan serangan man in the middle dilakukan.

Kepada pengguna peranti iOS, anda dinasihatkan supaya hanya menggunakan perisian komputer yang rasmi dan dimuat turun dari sumber yang bole dipercayai untuk mengelakkan peranti anda menjadi mangsa AceDeceiver . Terdapat program lain di luar yang menjanjikan aplikasi percuma tetapi sebenarnya anda membayarnya dengan maklumat peribadi yang kemudian disalah guna.


TIPS & ULASAN