Celcom Bakal Memperkenalkan Aplikasi Xpax Rasmi Tidak Lama Lagi

Celcom Bakal Memperkenalkan Aplikasi Xpax Rasmi Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 17, 2016 oleh .

Beberapa syarikat telekomunikasi tempatan telah sedia menawarkan aplikasi untuk perkhidmatan mereka, memudahkan pengguna untuk menyemak baki, mahupun membuat pembelian data internet dan sebagainya menggunakannya. Terkini, pihak Celcom turut dilihat melakukan perkara sama dan sedang menguji aplikasi Xpax mereka tersendiri.

Celcom Xpax

Buat masa ini, melalui aplikasi Xpax untuk Android yang sedang dalam fasa ujian ini, ia dilihat membolehkan pengguna menyemak pelan prabayar mereka, menyemak panggilan, SMS, dan data internet. Pengguna turut boleh melihat maklumat panggilan terakhir yang dilakukan dan berapakah caj panggilan yang dikenakan.

Ia tidak diketahui lagi bilakah tarikh pelancaran aplikasi ini. Celcom dilihat sedang mengujinya dikalangan Mobile Community mereka buat masa ini.

Celcom Xpax

Celcom Xpax


TIPS & ULASAN