Astro Akan Siarkan FIFA Interactive World Cup Secara Langsung

Astro Akan Siarkan FIFA Interactive World Cup Secara Langsung

Diterbitkan pada Mac 17, 2016 oleh .

Astro agak aktif dalam penyiaran e-sukan sejak daripada tahun lepas, dan dengan fokus mereka terhadap arena berkenaan, Astro turut bakal menyiarkan FIFA Interactive World Cup 2016 Final Showdown secara langsung pada 23 Mac 2016 ini.

Astro FIWC 2016

Astro akan menawarkan siaran ini secara percuma untuk pelanggan Astro dan juga untuk pengguna Astro On The Go. Bagi pelanggan Astro, ia akan ditayangkan melalui saluran Astro SuperSport Plus Channel 808.

FIFA Interactive World Cup 2016 ini akan menyaksikan seramai 32 pemain bersaing untuk mendapatkan takhta juara dan hadiah wang tunai USD$20,000.

32 orang finalis ini telah dipilih melalui pusingan saringan yang diadakan menggunakan PlayStation Network dan juga Xbox Live.

Disamping melalui Astro, pihak EA sendiri akan mempertontonkan FIFA Interactive World Cup 2016 ini melalui saluran YouTube mereka pada 23 Mac 2016, pukul 6 pagi.


TIPS & ULASAN