Oppo R9 Dan R9 Plus Dilancarkan – Peranti Dengan Kamera Selfie 16 Megapixel
Artikel Berkaitan

Oppo R9 Dan R9 Plus Dilancarkan – Peranti Dengan Kamera Selfie 16 Megapixel

Diterbitkan pada Mac 17, 2016 oleh .

Oppo melancarkan peranti Oppo R9 dan R9 Plus hari ini secara rasmi. Kedua-duanya mempunyai nama yang hampir sama tetapi mempunyai spesifikasi yang berbeza. Kita mulakan dengan R9 Plus terlebih dahulu kerana ia mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi.

Ia dilengkapi skrin 6″ AMOLED 1080P, pemproses Snapdragon 652, RAM sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalaman 64 Gigabyte. Kemampuan optik ialah kamera belakang dan hadapan sebesar 16 Megapixel. Kamera belakang menggunakan sensor Sony IMX298 dengan lensa f/2.0 serta sistem pemfokusan PDAF. Bateri sebesar 4120 mAh membekalkan kuasa kepada phablet ini. Kesemua ini dimasukkan ke dalam kerangka hanya setebal 7.4mm.

Oppo-R9-1

Seterusnya ialah Oppo R9 yang dilengkapi skrin 5.5″ AMOLED 1080P, pemproses MediaTek Helio P10, RAM sebesar 4 Gigabyte dan muatan dalaman 64/128 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera belakang 13 Megapixel PDAF dengan lensa f/2.2 dan kamera hadapan sebesar 16 Megapixel dengan lensa f/2.0. Bateri sebesar 2850 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang hanya setebal 6.6 mm ini.

Kedua-duanya juga menggunakan sistem operasi Android 5.1.1 dengan pelancar ColorOS 3.0. Sistem pengecasan pantas VOOC digunakan dan bukannya Super VOOC yang diperlihatkan di MWC. Terdapat pengimbas cap jari pada butang home di bahagian hadapan. Akhir sekali kedua-duanya juga mempunyai bazel yang amat nipis. Ia akan dijual di China bulan hadapan. Harga jualan Oppo R9 Plus ialah RMB 3299 (~RM 2065) manakala Oppo R9 pula dijual pada harga RMB 2799 (~RM 1752).

Oppo-R9-2


TIPS & ULASAN