Windows 10 Mobile Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Peranti Windows Phone 8.1

Windows 10 Mobile Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Peranti Windows Phone 8.1

Diterbitkan pada Mac 18, 2016 oleh .

Selamat pagi buat pengguna peranti Windows Phone 8.1. Mari mulakan hari anda dengan berita ceria yang akan membuatkan jari Jumaat ini lebih bermakna. Microsoft mengumumkan kemas kini Windows 10 Mobile kini boleh dimuat turun pemilik peranti Windows Phone 8.1. Kemas kini ini sudah dinantikan sejak penghujung tahun lalu tetapi dilewatkan oleh Microsoft bagi memperincikan lagi sistem operasi.

Windows 10 LumiaSedikit berita buruk disini ialah tidak semua peranti WP 8.1 yang diuji di dalam program Windows 10 Mobile Insider akan menerima Windows 10 Mobile. Sebaliknya hanya peranti yang disenaraikan di bawah disokong buat masa ini. Ini adalah kerana pelbagai fungsi baru sistem operasi ini tidak mampu digunakan dengan sempurna pada peranti-peranti yang tidak tersenarai.

  1. BLU Win HD LTE x150q
  2. BLU Win HD w510u
  3. Lumia 1520
  4. Lumia 430
  5. Lumia 435
  6. Lumia 532
  7. Lumia 535
  8. Lumia 540
  9. Lumia 635 1GB
  10. Lumia 636 1GB
  11. Lumia 638 1GB
  12. Lumia 640
  13. Lumia 640XL
  14. Lumia 730
  15. Lumia 735
  16. Lumia 830
  17. Lumia 930
  18. MCJ Madosma Q501

 

 


TIPS & ULASAN