Michael Kors Melancarkan Dua Jam Tangan Android Wear

Michael Kors Melancarkan Dua Jam Tangan Android Wear

Diterbitkan pada Mac 18, 2016 oleh .

Semalam kami melaporkan edisi khas Samsung Gear S2 yang dihasilkan mereka dengan syarikat berjenama mewah. Hari ini tiba giliran Michael Kors, jenama fesyen terkemuka pula untuk melancarkan jam tangan pintar mereka. Michael Kors Acesss ialah dua jam tangan Android Wear yang diperlihatkan di Baselworld 2016. Versi berwarna hitam adalah untuk kegunaan lelaki lasak manakala versi berwarna emas adalah untuk golongan wanita yang mementingkan gaya.

Miichael-Kors-Access

Kedua-dua jam ini akan dibekalkan dengan aksesori tali kulit dan juga silikon bagi memudahkannya untuk dipadankan dengan pakaian. Spesifikasi lengkap Michael Kors Access masih belum diumumkan tetapi ia bakal dijual pada harga bermula $395 (~RM 1592) sebuah. Ia akan mula dijual bermula musim luruh akan datang.


TIPS & ULASAN