Cari @ Amanz

Di dalam skala kemewahan, kereta buatan Bentley adalah antara yang teratas. Setiap kenderaan dibuat dengan tangan dan perlu memenuhi ujian kualiti yang tinggi. Tidak hairanlah kenderaan buatan mereka dimiliki oleh golongan berdarah biru dan berkemampuan sahaja. Di Malaysia sebuah kereta Bentley dijual pada harga yang lebih mahal dari harga sebuah rumah untuk golongan pertengahan. Seperti pengeluar lain, mereka juga sudah mula berfikir tentang dunia selepas kenderaan tanpa pemandu mula digunakan secara meluas.

Konsep-Bentley-hologramKonsep kenderaan masa hadapan tanpa pemandu mereka kelihatan seperti sebuah ruang tamu di lobi hotel 5 bintang. Dua kerusi berbentuk sofa diletakkan bertentangan di dalam ruang penumpang kenderaan. Di tengah-tengah terdapat sebuah meja yang mempunyai sistem pembantu maya hologram terbina. Pembantu maya hologram ini boleh dikawal dengan menggunakan fungsi kawalan suara. Jadi di masa hadapan kenderaan Bentley akan mempunyai Cortana yang akan memenuhi kesemua kehendak mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd