Sokongan Pemalam Untuk Microsoft Edge Boleh Diuji Oleh Windows 10 Insiders

Sokongan Pemalam Untuk Microsoft Edge Boleh Diuji Oleh Windows 10 Insiders

Diterbitkan pada Mac 18, 2016 oleh .

Microsoft telah menjanjikan sokongan pemalam pada pelayar web baru mereka, Microsoft Edge sejak daripada tahun lepas. Hari ini, mereka telah memulakan ujian untuk sokongan tersebut secara terbuka melalui versi pembangunan terkini Windows 10, dan sedia diuji Windows Insiders.

Edge Extensions

Windows 10 Build 14921 memawakan sokongan ini, dan sebagai langkah percubaan, Microsoft menawarkan tiga pemalam untuk diuji pada pelayar web Microsoft Edge, termasuk Microsoft Translator, sebuah pemalam Reddit, dan juga Mouse Gestures.

Microsoft masih belum memberikan sebarang tarikh pengenalan fungsi pemalam ini pada Microsoft Edge lagi. Tetapi, menurut Microsoft, kelak pemalam akan boleh dimuat-turun melalui Windows Store oleh semua pengguna, dan antara pemalam yang akan hadir adalah termasuk LastPass, AdBlock dan juga Evernote.

Dalam usaha menarik ramai pembangun membangunkan pemalam untuk Microsoft Edge, mereka juga turut memudahkan pembangun untuk mengubah pemalam Chrome sedia ada dengan pantas kepada Edge.


TIPS & ULASAN