Twitter Akan Menamatkan Sokongan Aplikasi TweetDeck Untuk Windows Pada 15 April

Twitter Akan Menamatkan Sokongan Aplikasi TweetDeck Untuk Windows Pada 15 April

Diterbitkan pada Mac 18, 2016 oleh .

Twitter hari ini telah mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan aplikasi TweetDeck untuk Windows pada 15 April 2016 kelak, dan meminta pengguna untuk menggunakan TweetDeck versi web sebagai ganti untuknya. Sokongan untuk versi Mac masih diteruskan buat masa ini.

TweetDeck merupakan salah satu aplikasi yang memaparkan garis masa Twitter anda dalam bentuk grid, dan pengguna boleh memaparkan beberapa lajur berbeza – seperti lajur Mentions, atau lajur List, dan sebagainya.

TweetDeck Windows

TweetDeck boleh dikatakan agak popular dikalangan pengguna tegar Twitter, memandangkan ia menawarkan lebih kemudahan untuk pengurusan dan mengikuti perkembangan di Twitter.

Pada masa yang sama, dalam memberikan kemudahan penggunaan TweetDeck, pihak Twitter turut memperkenalkan kemudahan untuk log masuk ke TweetDeck di web sekiranya pengguna sedia telah log masuk ke akaun Twitter.com mereka.

Sebelum ini, sekitar tiga tahun lepas, pihak Twitter turut telah menamatkan sokongan aplikasi TweetDeck untuk iOS dan juga Android memandangkan mereka sedia menawarkan aplikasi Twittter untuk platform sama. Namun, penamatan aplikasi TweetDeck untuk Windows ini adalah berbeza, dan mungkin pengguna perlu mencari perisian ketiga sebagai ganti untuknya.


TIPS & ULASAN