Domino Memperlihatkan Robot Penghantar Pizza

Domino Memperlihatkan Robot Penghantar Pizza

Diterbitkan pada Mac 18, 2016 oleh .

Domino merupakan salah satu jenama pizza terkemuka di seluruh dunia, dan turut mempunyai penawaran di Malaysia. Dengan perkembangan arena teknologi, pelbagai pihak melihat kepada arena robotik dan dron – dan pihak Domino turut sama tidak ingin ketinggalan dalam arena berkenaan.

Domino DRU

Domino menamakan unit pembangunan robot mereka ini sebagai Domino Robot Unit, dan ia menggunakan teknologi robotik ketenteraan dan daripada startup di Australia dalam hadir dengan robot penghantar berkenaan.

Robot penghantar pizza ini boleh dikatakan masih pada peringkat pembangunan lagi, dan daripada demo yang diperlihatkan, ia bergerak pada kepantasan sekitar 20km/j sahaja.

Ia berfungsi dengan menetapkan lokasi yang ingin dituju, dan sebaik sahaja robot berkenaan hadir dihadapan rumah pengguna, pengguna berkenaan perlu memasukkan sebuah kod sekuriti yang dihantar ke telefon mereka, dan boleh mengambil pizza dan minuman yang dihantar.


TIPS & ULASAN