Cari @ Amanz

Kebiasaan, pada hari ini, kita sering melihat penawaran penambahan kuota pada harga RM10 untuk 1GB sahaja. Kini, Digi membawa perubahan, dan memperkenalkan promosi terhad sehingga 17 April 2016, iaitu penambahan sehingga 8GB untuk RM10.

Digi RM10 8GB

Untuk makluman, pakej ini hanya khusus untuk pelanggan yang menggunakan pakej Digi Postpaid 98 dan ke atas sahaja. Pakej paling asasnya, iaitu Digi Postpaid 98 menawarkan data sebanyak 7GB sebulan pada harga langganan RM78, dan turut hadir dengan panggilan tanpa had ke semua talian.

Pakej penawaran terhad Digi ini juga hadir dengan beberapa kekangan lain, termasuk penawaran penggunaan data tambahan 8GB hanya selama 7 hari sahaja, dan tiada sebarang kuota tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan.

Digi RM10 8GB

Bagi anda yang sedia menggunakan pelan Digi Postpaid 98, Postpaid 148 dan Postpaid 238, anda boleh mendapatkan data 8GB pada harga tambahan RM10 ini dengan mendail *200*2# hari ini. Kuota daripada pembelian tambahan ini akan digunakan terlebih dahulu sebelum penggunaan pada pelan data pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd