Harga Jualan Modul Audio, Kamera Dan Bateri LG G5 Kini Diketahui

Harga Jualan Modul Audio, Kamera Dan Bateri LG G5 Kini Diketahui

Diterbitkan pada Mac 18, 2016 oleh .

LG G5 ialah antara peranti yang paling unik yang dilancarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Rekaannya yang modular membolehkan pelbagai modul tambahan ditambah mengikut fungsi tertentu. Ketika dilancarkan di MWC 2016 yang lalu, tiga modul diperlihatkan iaitu modul audio Bang&Olufsen, kamera dan bateri tambahan. Harga jualan ketiga-tiga modul ini kini diketahui dengan penjualannya secara rasmi di Korea Selatan 31 Mac hadapan.

LG G5

Modul bateri tambahan dijual pada harga ₩ 39000 (~RM 137), modul audio Bang&Olufsen dijual pada harga ₩ 189000 (~RM659) dan akhir sekali modul kamera dengan bateri tambahan dijual pada harga ₩ 99000 (~RM 345). Selain Korea Selatan, LG G5 juga akan dijual di Amerika Syarikat dalam masa terdekat. Penjualannya di Malaysia masih belum diketahui setakat ini.


TIPS & ULASAN