Cari @ Amanz

Pada peranti mudah-alih, salah satu permainan berbentuk kasual yang popular adalah Crossy Road. Terkini, pembangunnya telah mengumumkan kerjasama dengan Disney, dan bakal hadir dengan variasi permainan berkenaan yang dinamakan sebagai Disney Crossy Road.

Disney Crossy Road

Permainan Disney Crossy Road akan memfokuskan kepada watak Mickey Mouse dan Donald Duck, serta pada masa yang sama akan menawarkan pelbagai watak dari Disney yang boleh dibuka dan ditambah pada permainan berkenaan. Disamping watak, pengguna juga boleh mengakses lebih 9 latar tempat melalui permainan Disney Crossy Road ini.

Pengenalan permainan bertemakan sesuatu watak animasi bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini, kita telah melihat pelbagai variasi permainan Temple Run. Seperti biasa, Disney mengatakan ia bakal hadir ke platform Android dan iOS tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd