Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lepas, HERE Maps telah mengumumkan penamatan sokongan aplikasi mereka untuk platform Windows. Ia diikuti oleh pihak Microsoft sendiri mengatakan akan menawarkan kemaskini dengan pelbagai fungsi baru untuk aplikasi peta mereka di Windows 10.

Windows 10 Maps

Hari ini, Microsoft menunaikan janji mereka dengan memperkenalkan kemaskini baru untuk aplikasi Windows 10 Maps. Beberapa fungsi baru disertakan, termasuk salah satu perkara yang difokuskan adalah kebolehan membuat lebih daripada satu carian pada sesuatu paparan peta dengan mudah. Sebagai contoh, pengguna kini boleh menyemak sesuatu lokasi dan membuat carian seperti tempat makan, dan tempat tinggal berdekatan.

Disamping sokongan multi-carian, pihak Microsoft turut menyertakan kemaskini antaramuka, dan paparan carian berhampiran (Nearby) yang lebih baik berbanding sebelumnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd