Telefon Windows Phone Dengan Memori 512MB RAM Tidak Akan Menerima Kemaskini Windows 10 Mobile

Telefon Windows Phone Dengan Memori 512MB RAM Tidak Akan Menerima Kemaskini Windows 10 Mobile

Diterbitkan pada Mac 18, 2016 oleh .

Microsoft hari ini telah memulakan kemaskini untuk peranti Windows Phone 8.1 sedia ada – membolehkan mereka menaik-taraf kepada Windows 10 Mobile, dan menggunakan beberapa fungsi baru melaluinya. Terkini, berkongsi lanjut mengenainya, Microsoft mengatakan peranti dengan memori 512MB RAM tidak akan menerima kemaskini sama.

Microsoft sebelum ini telah mengatakan semua peranti Windows Phone 8.1 akan menerima kemaskini Windows 10 Mobile, tetapi terdapat perbezaan penawaran fungsi untuknya. Malah, melalui versi pembangunan sendiri, Microsoft telah mengujinya dan melihat ia menawarkan pengalaman yang lancar.

Ia tidak diketahui mengapakah Microsoft tiada perancangan untuk kemaskini Windows 10 Mobile untuk peranti dengan memori 512MB RAM. Tetapi, berkemungkinan besar adalah supaya pengguna peranti berkenaan tidak terkesan dengan lengah masa dan mengalami pengalaman penggunaan yang tidak begitu baik melaluinya.


TIPS & ULASAN