Sony Dilaporkan Sedang Membangunkan PlayStation Yang Dikemaskini Dengan Sokongan 4K

Diterbitkan pada Mac 19, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sony pada minggu ini secara rasminya telah mengumumkan yang mana PlayStation VR bakal mula dijual sekitar Oktober kelak secara rasminya. Selain PlayStation VR, kini Sony turut dikatakan sedang membangunkan konsol PlayStation 4 versi dikemaskini dengan sokongan paparan resolusi 4K.

PlayStation 4 Star Wars

Secara kasarnya, “PS4.5” ini akan menawarkan kuasa pemprosesan dan GPU yang lebih tinggi untuk menyokong permainan pada resolusi 4K ini. PlayStation 4 sedia ada dipasaran menawarkan sokongan 4K untuk gambar dan video, tetapi tidak untuk permainan.

Ia tidak lagi diketahui bilakah Sony akan memperkenalkannya kepada umum. Seperti biasa, Sony dikatakan telah menemui beberapa pembangun, dan mungkin perlu bersedia dengan sokongan permainan terlebih dahulu sebelum melancarkan konsol mereka.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami