MSI Vortex – PC Dengan Rekaan Seumpama Mac Pro Untuk Permainan Dan Multimedia
MSI

MSI Vortex – PC Dengan Rekaan Seumpama Mac Pro Untuk Permainan Dan Multimedia

Diterbitkan pada Mac 19, 2016 oleh .

MSI hari ini telah mula menjual komputer riba terbaru mereka dengan kuasa pemprosesan yang tinggi dan rekaan yang menarik, iaitu MSI Vortex.

MSI Vortex

MSI Vortex, secara kasarnya boleh dikatakan menawarkan rekaan yang mengingatkan kita kepada Apple Mac Pro. MSI Vortex hadir dengan rekaan menggunakan hanya satu kipas dan triangluar core untuk satu CPU dan menyokong dua GPU – sama seperti Mac Pro. MSI telah mempertontonkan ia kepada umum pada CES 2016 yang lepas.

Dari segi spesifikasi, MSI Vortex G65 ini hadir dengan cip Intel Core i7-6700K. Ia hadir dengan dua pilihan GPU, sama ada NVIDIA GeForce GTX 980 ataupun TX 960s. Seperti penawaran komputer lain, ia turut hadir dengan variasi memori antara 16GB RAM atau 32GB RAM, serta ruangan storan gabungan 128GB SSD dan juga 1TB HDD.

Dari segi rekaan, ia hanya setinggi 10.5-inci sahaja, dan berupaya untuk memainkan permainan realiti-maya – termasuk menyokong HTC Vive dan Oculus Rift.

Versi asas MSI Vortex ini ditawarkan pada harga $2199 di Amerika Syarikat (~RM8908).


TIPS & ULASAN