Facebook ialah album gambar terbesar di dunia sekarang dengan hampir 400 juta gambar dimuat naik setiap hari. Bagi mengurangkan saiz storan, gambar yang dimuat naik akan dikecilkan saiznya mengikut peranti yang digunakan. Sekiranya anda memuat naik menggunakan aplikasi Android, gambar akan dikecilkan kepada 960×540 pixel. Ini berbeza dengan muat naik menggunakan desktop yang mempunyai had saiz maksimum 2048×1152 pixel.
Ini adalah sebab mengapa gambar yang anda muat naik menggunakan aplikasi peranti pintar kelihatan amat buruk apabila dilihat menggunakan komputer. Apliksi Android untuk Facebook kini dikemas kini dan menyokong muat naik gambar pada resolusi HD yang setanding dengan muat naik menggunakan desktop. Pengguna hanya perlu pergi ke skrin tetapan aplikasi dan mengaktifkan HD Photo Upload. Selamat mencuba.