(Ura-Ura) Rekaan iPhone SE Mengitar Semula Rekaan iPhone 5S

(Ura-Ura) Rekaan iPhone SE Mengitar Semula Rekaan iPhone 5S

Diterbitkan pada Mac 19, 2016 oleh .

iPhone SE ialah peranti yang akan dilancarkan 21 Mac ini bersama dengan iPad Pro. Pelbagai spekulasi sudah diperkatakan tentang telefon pintar bersaiz 4″ ini. Malahan kami sudah menulis artikel tentang tiga rekaan yang mungkin digunakan oleh Apple untuk peranti pertama mereka dengan skrin bersaiz kecil ini sejak 2013. Laman 9to5Mac mendakwa mereka mendapat maklumat sahih yang mengesahkan iPhone SE akan mengitar semula rekaan luaran iPhone 5S.

Apple iPhone 5SPerbezaan hanya dilakukan dari segi komponen dalaman, kemampuan kamera dan pilihan warna.Ia akan menggunakan cip Apple A9, kamera sebesar 12 Megapixel dengan sokongan rakaman 4K dan pilihan warna yang sama seperti iPhone 6S. Dari segi muatan dalaman pula Apple menawarkan dua model sahaja iaitu 16 dan 64 Gigabyte.

Rekaan iPhone 5S dikitar semula kerana ia memudahkan pengguna yang masih menggunakan peranti lama ini untuk menggunakan aksesori yang sudah mereka miliki.Ini mengurangkan kos untuk mereka membeli semula kerangka, cagak dan pelbagai lagi aksesori sedia ada. Jualan iPhone 5S juga akan dihentikan sebaik sahaja SE memasuki pasaran. Harga jualan SE juga adalah sama dengan 5S sekarang iaitu bermula dari RM2199 sebuah.


TIPS & ULASAN