Pembangunan Uncharted 4 Selesai – Kini Bersedia Untuk Dicetak

Diterbitkan pada Mac 19, 2016. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Uncharted 4 A Thief’s End yang ditunda sebanyak tiga kali akhirnya sedia untuk dicetak. Studio Naughty Dog mengumumkan berita baik ini menerusi laman Twitter rasmi mereka. Pada masa yang sama pengarah bersama Uncharted 4 Neil Druckman memuat naik cakera BluRay pertama permainan ini menerusi laman Twitter beliau.

Uncharted-4-Finish-2Sementara itu Bruce Straley, seorang lagi pengarah permainan ini mendakwa ia akan menjadi permainan yang tercantik pernah dihasilkan dan terbaik di dalam siri Uncharted. Penantian akhirnya akan berakhir dan kisah pengembaraan terakhir Nathan Drake, Victor Sullivan dan Elena Fisher akan diketahui 10 Mei hadapan. Diharap ia tidak akan mengecewakan seperti Uncharted 3 yang kami rasakan tidak mempunyai jalan cerita sebaik Uncharted 2.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami