SPUD – Monitor 24 Inci Yang Boleh Disimpan Di Dalam Poket

SPUD – Monitor 24 Inci Yang Boleh Disimpan Di Dalam Poket

Diterbitkan pada Mac 19, 2016 oleh .

Saiz monitor semakin besar dan zaman menggunakan skrin sebesar 17 kini sudah berakhir. Kami mempunyai beberapa monitor komputer bersaiz besar. Ia memudahkan kerja kerana memaparkan laman web dengan saiz yang besar. Masalah utama ialah tidak seperti monitor 14″ CRT yang pernah kami gunakan dahulu, monitor bersaiz 24″ yang kami miliki sukar untuk dibawa kemana-mana. Spontaneous Pop-Up Display (SPUD) ialah monitor 24″ yang boleh dilipat dan disimpan di dalam poket kerana saiznya yang kecil.

SPUD-1Monitor ini mempunyai sebuah projektor mini yang memancarkan imej pada resolusi 720P pada skrin yang dilipat seperti payung. Apabila dilipat ia mempunyai saiz kompak 5.6 x 14.2 x 19 sentimeter dan hanya seberat 700 gram. Terdapat satu sambungan HDMI dan satu port USB-A pada bahagian belakang SPUD. Harga jualan monitor mudah alih ini bermula dari $300 (~RM1215) sebuah.

SPUD-2


TIPS & ULASAN