Intel “Skull Canyon” NUC Dengan Core i7 Dan Thunderbolt 3 Akan Dijual Bermula Mei

Intel “Skull Canyon” NUC Dengan Core i7 Dan Thunderbolt 3 Akan Dijual Bermula Mei

Diterbitkan pada Mac 20, 2016 oleh .

Bagi anda yang inginkan komputer bersaiz mini dengan sokongan kebolehan memainkan permainan, Intel kini mempunyai penawaran khusus mereka melalui NUC (Next Unit of Computing) Skull Canyon pertama mereka yang bakal hadir sekitar bulan Mei 2016 kelak.

Intel Skull Canyon

Dari segi spesifikasi, komputer bersaiz mini ini hadir dengan cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-6, dilengkapi sokongan memori DDR4 RAM, sokongan SSD, dan Thunderbolt 3. Pada bahagian grafik, ia hadir dengan sokongan grafik Iris Pro 580 sahaja, tetapi pengguna boleh memilih untuk menaik-tarafnya dengan menggunakan Razer Core melalui Thunderbolt 3.

Intel NUC ini lebih ditujukan kepada mereka yang inginkan komputer bersaiz mini untuk diletakkan pada ruangan yang tidak begitu besar, dan menawarkan kuasa pemprosesan yang baik untuk multimedia dan hiburan. Namun, dari segi harganya, ia boleh dikatakan agak mahal. Versi asas berharga $650 (~RM2633), sementara menggunakan 16GB RAM dan 256GB SSD berharga sekitar $999 (~RM4047).


TIPS & ULASAN