Panasonic Memperlihatkan Sut Yang Memberikan Kuasa Fizikal Tambahan Kepada Manusia

Panasonic Memperlihatkan Sut Yang Memberikan Kuasa Fizikal Tambahan Kepada Manusia

Diterbitkan pada Mac 20, 2016 oleh .

Disamping pembangunan memfokuskan robotik, kini Panasonic turut memperlihatkan sebuah sut atau baju khusus yang dipakai oleh manusia dan memberikan kuasa fizikal tambahan kepada pengguna untuk melakukan beberapa tugasan.

Panasonic Ninja

Sut khusus atau eksorangka ini memberikan sokongan tambahan kepada pengguna ketika melakukan beberapa tugasan tambahan, dan memastikan manusia tidak mengalami tekanan atau kesukaran ketika melakukan tugasan mereka. Daripada video yang dipertontonkan Panasonic, mereka memperlihatkan penggunaannya ketika dalam kilang, pekerja industri, malah turut digunakan ketika bencana alam.

Panasonic Ninja

Seperti peranti lain, eksorangka ini turut hadir dengan bateri yang boleh digunakan sehingga 8 jam, dan dikatakan mengurangkan sakit belakang ketika mengangkat barangan.

Buat masa ini, beberapa daripadanya sedang diuji di Jepun, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan digunakan secara meluas.


TIPS & ULASAN