Honda Merancang Untuk Memasarkan EV-CUB Dalam Tempoh Dua Tahun Lagi

Honda Merancang Untuk Memasarkan EV-CUB Dalam Tempoh Dua Tahun Lagi

Diterbitkan pada Mac 21, 2016 oleh .

Bercakap mengenai motosikal kapcai, ia telah dipopularkan oleh Honda Cub yang merupakan motosikal popular sepanjang zaman sehingga kini. Mengambil rekaannya, sebelum ini Honda telah memperlihatkan konsep motosikal konsep EV-CUB, dan terkini melalui pengumuman syarikat, mereka menyasarkan akan memasarkannya sekitar dua tahun lagi.

Honda sebelum ini telah mempertontonkan konsep motosikal elektrik EV-CUB mereka pada tahun 2015 yang lepas. Seperti kenderaan elektrik lain, mereka memfokuskan kepada pemasaran pengurangan pencemaran udara melalui penggunaan kenderaan elektrik.

Honda EV-CUB

Honda EV-CUB

Ia tidak lagi diketahui berkenaan bagaimanakah penggunaan bateri dan jarak perjalanan dengan pengecasan penuh pada motosikal elektrik ini kelak. Penggunaan EV-Neo buat masa ini menawarkan jarak sehingga 34km pada kelajuan 30km/j – tetapi ia semestinya dapat ditambah baik dalam tempoh 2 tahun lagi apabila EV-CUB ini dipasarkan.

Daripada pengumuman pihak Honda, mereka akan memasarkan EV-CUB ini di Jepun dalam tempoh 2 tahun lagi, dan ia kemudian akan turut dipasarkan di negara-negara ASEAN selepas itu – yang mana merupakan pasaran popular untuk siri Honda Cub.


TIPS & ULASAN