HTC 10 Dijangka Hadir Dengan Skrin Super LCD 5 Dan Bateri 3000mAh
HTC

HTC 10 Dijangka Hadir Dengan Skrin Super LCD 5 Dan Bateri 3000mAh

Diterbitkan pada Mac 21, 2016 oleh .

HTC bakal memperkenalkan telefon pintar flagship mereka yang dikenali dengan nama HTC 10 sekitar pertengahan April 2016 ini – dan sedikit demi sedikit info berkenaan dengannya telah mula hadir ke arena web.

HTC 10

HTC 10 dijangka hadir menggunakan spesifikasi tinggi – seumpama Galaxy S7 Edge, LG G5, dan beberapa peranti lain di pasaran. HTC sendiri telah mengatakan mereka akan menyertakan kamera yang terbaik pada telefon pintar mereka, dan kini maklumat berkenaan paparan skrin pada peranti berkenaan hadir ke arena web.

Dikongsikan oleh @evleaks, ia dikatakan HTC 10 akan menggunakan skrin Super LCD 5. Ini akan membolehkan HTC menawarkan paparan yang terang dan jelas, serta pada masa yang sama menjimatkan penggunaan tenaga bateri.

Bercakap mengenai bateri, HTC 10 dikatakan akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh.


TIPS & ULASAN