Carian
Gambar Dikatakan iPhone 7 Tertiris – Sah Mempunyai Kamera Berkembar
March 21, 2016 Effi Saharudin

Hari ini iPhone SE dan iPad Pro Mini akan dilancarkan oleh Apple. iPhone SE akan mengambil alih slot 5S sebagai peranti dengan skrin sebesar 4″ dan diberikan kemas kini pada spesifikasi bagi menjadikannya setanding dengan iPhone 6S. Bagi mereka yang tidak gemar dengan rekaan kitar semula SE, mereka pastinya menantikan iPhone 7 yang akan membawakan perubahan mendadak pada rekaan kamera dan bicu audio.

iphone-7-leakGambar sebuah peranti yang dikatakan prototaip iPhone 7 tertiris ke arena web. Ia mengesahkan kehadiran kamera berkembar pada panel belakang dan rekaan semula antena. Kedua-dua kamera diletakkan di dalam bonjolan yang agak besar dan terkeluar dari tubuh peranti. Terdapat juga ura-ura panel belakang iPhone 7 akan diperbuat daripada seramik dan bukan lagi logam seperti pada 6S. Apakah pendapat anda tentang rekaan panel belakang iPhone 7 ini?

Komen