Cari @ Amanz

Microsoft telah mula memperkenalkan kemaskini Windows 10 Mobile untuk pengguna peranti Windows Phone sejak daripada minggu lepas – tetapi seperti semua sedia maklum, bukan semua peranti yang akan menerimanya.

Terkini, daripada pengiraan kasar, salah satu agensi yang sering berkongsi statistik berkenaan peranti mudah-alih, iaitu AdDuplex mengatakan sekitar 50% peranti Windows Phone tidak akan menjalankan Windows 10 Mobile.

Beberapa peranti Lumia popular tidak akan menerima kemaskini berkenaan, termasuk Lumia 1020 dan juga Lumia 920 – walaupun spesifikasinya menyokongnya.

Microsoft sebelum ini telah mengatakan peranti yang menggunakan Windows Phone 8.1 akan menerima kemaskini Windows 10 Mobile ini, tetapi nampaknya apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Perkara ini juga secara tidak langsung boleh dikatakan akan memberikan impak yang agak kurang baik untuk para pembangun membangun dan menyokong aplikasi mereka pada Windows 10 Mobile memandangkan angka penggunanya adalah semakin mengecil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd