Filem Animasi BoBoiBoy Telah Ditonton Lebih 1.2 Juta Penonton – Mencatat Kutipan RM13 Juta

Filem Animasi BoBoiBoy Telah Ditonton Lebih 1.2 Juta Penonton – Mencatat Kutipan RM13 Juta

Diterbitkan pada Mac 21, 2016 oleh .

Arena animasi di Malaysia merupakan salah satu industri yang berkembang dengan positif dari tahun ke tahun. Selepas kejayaan filem Upin dan Ipin beberapa tahun lepas, tahun ini, filem animasi tempatan, BoBoiBoy telah memulakan tayangannya bermula 3 Mac yang lepas.

Filem animasi BoBoiBoy ini adalah kesinambungan daripada siri-TV mereka, dan ia menarik minat para penonton tidak kira usia untuk menontonnya.

Bercakap mengenainya, Nizam Razak mengatakan filem terbitan Animonsta Studios berkenaan telah ditonton lebih 1.2 juta penonton di Malaysia setakat ini, dan ia kini mencatatkan kutipan sebanyak RM13 juta selepas 17 hari ia ditayangkan di pawagam.

Kutipan filem animasi ini juga dikatakan melangkaui beberapa filem animasi lain yang telah ditayangkan di Malaysia sebelum ini – malah turut menerima maklumbalas positif daripada penontonnya.

Filem sama juga akan ditayangkan di Indonesia bermula 13 April kelak.

Baca : Ulasan Filem BoBoiBoy


TIPS & ULASAN