Uber Dilaporkan Ingin Menempah Kenderaan Dipandu Automatik Secara Besar-Besaran

Uber Dilaporkan Ingin Menempah Kenderaan Dipandu Automatik Secara Besar-Besaran

Diterbitkan pada Mac 21, 2016 oleh .

Uber merupakan salah satu perkhidmatan yang memfokuskan kepada mengambil dan menghantar pengguna menggunakan kenderaan yang sangat selesa. Kini, bergerak kehadapan, Uber dilaporkan sedang melihat untuk membuat tempahan besar untuk kenderaan yang dipandu automatik.

Kenderaan yang dipandu automatik dijangka akan mula berada di pasaran sekitar tahun 2020 kelak – dan sekiranya Uber dapat menggunakannya, ia dijangka akan menjimatkan kos operasi mereka, dan tidak lagi perlu membayar pemandu. Ini sekaligus akan membolehkan mereka meningkatkan pendapatan bersih Uber.

Pelbagai syarikat sedang melihat kepada arena kenderaan yang dipandu automatik – termasuk antaranya adalah BMW, Nissan, Toyota dan termasuk gergasi teknologi seperti Google dan Apple. Beberapa negara masih sedang giat membincangkan undang-undang disebaliknya, dan penganalisa menyasarkan sekitar tahun 2020 atau 2030 untuk melihat ia digunakan meluas di atas jalan raya.


TIPS & ULASAN