vmo.rocks – Perkhidmatan Tempahan Segera Untuk Lokasi Dan Perkhidmatan

vmo.rocks – Perkhidmatan Tempahan Segera Untuk Lokasi Dan Perkhidmatan

Diterbitkan pada Mac 21, 2016 oleh .

Sekiranya anda ingin menempah hotel, terdapat pelbagai laman khusus yang membolehkan anda mendapat tempahan hotel dengan serta-merta. Bagaimana pula dengan perkhidmatan tempahan tempat sesuatu acara seperti perkahwinan, gathering atau jamuan tahunan? Tentu anda perlu mencari di Google satu-per-satu tanpa sebarang perkhidmatan khusus untuknya.

Di sinilah laman vmo.rocks ingin membantu anda untuk mencari lokasi dan tempat acara mengikut keperluan anda. Daripada acara kecil-kecilan sehinggalah ke majlis besar-besaran seperti pelancaran produk, perkhidmatan vmo.rocks ini akan mengesyorkan lokasi mengikut bilangan hadirin yang bakal hadir.

Seperti contoh, sekiranya anda ingin mengadakan acara workshop dalam bilangan 50 orang, perkhidmatan ini akan memaparkan lokasi yang bersesuaian dengan acara tersebut seperti di dalam dewan atau di dalam studio. Mereka turut menawarkan pelbagai jenis lokasi seperti banglo, bistro, kafe, restoran, dan halaman lapang untuk acara perkahwinan di dalam taman.

batch_VMO rocks 2

Melalui vmo.rocks juga, mereka turut menawarkan tempahan perkhidmatan seperti kereta limosin dan sistem P.A untuk acara anda. Sekiranya anda ingin mengadakan parti seperti hari jadi, anda juga boleh mendapatkan DJ jemputan terus pada halaman ini.

Menariknya, kesemua tempahan ini dilakukan secara dalam talian yang membolehkan anda menempah sesuatu lokasi atau perkhidmatan dengan segera. Apa yang anda hanya perlukan adalah kad kredit atau PayPal sebagai mod pembayaran untuk tempahan di dalam laman ini.

batch_VMO rocks homepage

Cuma, buat masa ini, vmo.rocks hanya beroperasi melalui laman web dan aplikasi untuknya bakal ditawarkan selewat-lewatnya pada tahun hadapan. Jangan risau, laman web mereka sangat mesra dengan paparan mudah-alih melalui rekaan web yang responsif.

Jadi, sekiranya anda bercadang untuk mengadakan sesuatu acara atau majlis, vmo.rocks adalah perkhidmatan web yang sesuai untuk mencari dan membuat tempahan lokasi secara pantas. Anda tidak perlu lagi mencari dan membuat rujukan satu-per-satu pada enjin carian kerana kesemuanya telah tersedia di dalam satu halaman mudah.

Layari: vmo.rocks


TIPS & ULASAN