Prepare For Impact Menguji Kepakaran Anda Menangani Situasi Kecemasan Dalam Kapal Terbang

Prepare For Impact Menguji Kepakaran Anda Menangani Situasi Kecemasan Dalam Kapal Terbang

Diterbitkan pada Mac 21, 2016 oleh .

Terdapat beberapa aplikasi permainan berbentuk pendidikan dan pelajaran. Salah satu daripadanya adalah aplikasi Prepare for Impact yang ditawarkan untuk Android dan iOS yang membolehkan para pengguna mempelajari dan bersedia sekiranya berlaku sebarang kecemasan di kapal terbang.

Prepare for Impact

Permainan ini menyediakan beberapa simulasi kecemasan dalam kapal terbang, dan memerlukan anda yang sebagai penumpang untuk membuat pilihan yang tepat. Pemain turut akan diperlihatkan dengan kesan daripada pilihan mereka sama ada positif atau negatif.

Beberapa jenis simulasi disediakan pada permainan ini, termasuk ketika pendaratan dalam air, pendaratan kecemasan, kebakaran dalam kabin, pelanggaran di darat, dan beberapa jenis kecemasan yang lain.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma di iOS dan Android, serta menguji kepakaran anda dalam menangani situasi kecemasan dalam kapal terbang.

Prepare for Impact

Muat-Turun Prepare for Impact di iOS

Muat-Turun Prepare for Impact di Android


TIPS & ULASAN