Mempunyai Kindle? Kemaskini Perisiannya Untuk Terus Kekal Menggunakannya

Mempunyai Kindle? Kemaskini Perisiannya Untuk Terus Kekal Menggunakannya

Diterbitkan pada Mac 21, 2016 oleh .

Kindle merupakan salah satu pembaca ebuku atau buku digital. Ia merupakan salah satu peranti yang popular, malah turut digunakan oleh sejumlah pengguna tempatan – walaupun ia tidak dijual secara rasmi di kedai fizikal.

Terkini, Amazon mengumumkan yang mana terdapat kemaskini sekuriti khusus untuknya, dan pengguna Kindle perlu mengemaskini perisian tersebut sebelum 22 Mac 2016 untuk terus menggunakannya. Sekiranya gagal mengemaskini sebelum 22 Mac 2016, maka pengguna akan menghadapi masalah untuk menggunakan peranti Kindle mereka.

Kindle

Kebiasaannya, Kindle akan mengemaskini perantinya secara automatik sekiranya ia kekal aktif dan berhubung ke rangkaian WiFi. Sekiranya tidak, mungkin anda perlu memulakan Kindle anda dan mengemaskini perisiannya hari ini.

Sekiranya anda terlepas, dan menggunakan peranti Kindle anda selepas 22 Mac 2016, maka anda akan diperlukan untuk melakukan kemaskini perisian untuk Kindle berkenaan secara manual.

Pelbagai versi Kindle perlu dikemaskini untuk terus digunakan, termasuk Kindle generasi pertama, sehinggalah kepada Kindle Paperwhite generasi ke-7.


TIPS & ULASAN