Cari @ Amanz

Samsung sebelum ini telah mengesahkan jam tangan pintar mereka yang terkini, iaitu Gear S2 kelak boleh digunakan bersama-sama telefon pintar Apple. Namun, tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah sokongan tersebut bakal diperkenalkan.

Samsung Gear S2 Classic

Terkini, daripada maklumbalas daripada khidmat pelanggan Samsung, ia dikatakan Samsung mungkin memperkenalkan sokongan untuk iOS sekitar penghujung bulan ini.

Samsung dijangka akan menawarkan kemaskini perisian untuk Gear S2 kelak pada penghujung bulan ini yang menyertakan sokongan iOS – dan pada masa yang sama aplikasi Gear Manager dijangka dilancarkan untuk iPhone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd