Apple iOS 9.3 Dengan Sokongan Siri Dalam Bahasa Melayu Akan Hadir Hari Ini

Apple iOS 9.3 Dengan Sokongan Siri Dalam Bahasa Melayu Akan Hadir Hari Ini

Diterbitkan pada Mac 22, 2016 oleh .

Bersama-sama pengenalan telefon pintar dan tablet baru, Apple turut mengumumkan pengenalan kemaskini terbaru sistem operasi iOS mereka, iaitu iOS 9.3. Versi terbaru ini akan mengatasi bebrapa masalah yang telah dikenal-pasti, dan pada masa yang sama menawarkan beberapa ciri-ciri baru.

Apple iOS 9.3

Untuk pengguna tempatan, salah satu ciri baru yang akan menjadi fokus utama pada iOS 9.3 adalah pengenalan Siri dalam bahasa Melayu. Sokongan ini membolehkan Siri membalas arahan dan input pengguna dalam bahasa Melayu – dan daripada percubaan sebelum ini, ia menggunakan loghat berbahasa Melayu-Indonesia.

Dari segi fungsi baru lain, kini ia menyertakan fungsi Night Shift yang mengurangkan penggunaan cahaya biru yang meletihkan mata – dan memudahkan lagi pengguna tidur selepas menggunakannya. Disamping itu, iOS 9.3 juga turut menyertakan sokongan penggunaan pengimbas cap jari untuk Apple Notes.

Bagi pengguna peranti iPhone atau iPad, anda boleh menyemak kemaskini anda bermula hari ini, dan menikmati pelbagai ciri-ciri baru yang dibawakan oleh iOS 9.3 ini.


TIPS & ULASAN