Apple Memperlihatkan Robot “Liam” Yang Boleh Mengasingkan Komponen iPhone Untuk Dikitar Semula
March 22, 2016
Apple
Aman
Apple ketika acara media mereka hari ini, telah serba ringkas menyentuh mengenai persekitaran, dan menekankan yang mana syarikat mereka memfokuskan kepada operasi yang lebih hijau dan turut menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui di 93% fasiliti mereka.

Pada masa yang sama, Apple turut memperlihatkan sebuah robot ringkas daripada mereka yang berupaya untuk menanggalkan bahagian iPhone dan mengasingkannya untuk dikitar semula.
Dinamakan sebagai Liam, ia boleh mengenal-pasti sesuatu bahagian, dan mengasingkan ia mengikut kategori untuk dikitar semula.
Langkah ini dikatakan kaedah yang lebih baik untuk persekitaran, berbanding kebiasaan yang dikatakan tidak begitu mesra alam.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.