Perbandingan iPhone SE, iPhone 6 & iPhone 6s – Yang Mana Menjadi Pilihan Anda?

Perbandingan iPhone SE, iPhone 6 & iPhone 6s – Yang Mana Menjadi Pilihan Anda?

Diterbitkan pada Mac 22, 2016 oleh .
iPhone SE

Sorakan untuk Apple kerana tidak lagi menjual telefon dengan spesifikasi 2013 pada tahun 2016. Setelah hampir tiga tahun, akhirnya mereka kini hadir dengan model kemaskini untuk iPhone 5s.

Rekabentuknya masih sama, ia masih mengekalkan skrin 4-inci, rekaan dengan mesra satu tangan, dan kini ia disertakan dengan pilihan warna baru iaitu Rose Gold. Namun pembaharuan besar yang dibawa semestinya kemaskini dari segi spesifikasi — yang kini membawakan spesifikasi iPhone 6s di dalam binaan iPhone 5s.

iPhone SE membawakan keseluruhan spesifikasi menyerupai iPhone 6s termasuk penggunaan cip Apple A9 + M9 dengan “Hey Siri” secara aktif, memori 2GB RAM LPDDR4, kamera 12MP dengan rakaman 4K, Touch ID, dan NFC untuk pembayaran Apple Pay.

Cuma perbezaan utama antara kedua peranti ini adalah rekabentuk dan saiz skrin yang mana iPhone SE membawakan skrin 4.0-inci manakala 6s hadir dengan skrin 4.7-inci (dan 5.5-inci untuk variant Plus). Selain itu, iPhone SE juga tidak didatangkan dengan sokongan 3D touch dan Taptic Engine yang dilihat bukanlah suatu fungsi penting. Ia lebih menyempurnakan pengalaman menggunakan iPhone berbanding menjadi sebuah fungsi keperluan. Satu perkara lagi, iPhone SE masih lagi mengekalkan kamera hadapan 1.2MP berbanding 5MP pada iPhone 6s.

Dengan perbezaan ketara dari segenap aspek, telefon manakah yang patut anda pilih? Adakah iPhone SE atau iPhone 6s? Sekiranya anda bukan peminat peranti bersaiz besar dan lebih selesa menggunakan telefon dengan sebelah tangan, iPhone SE lebih sesuai untuk anda. Tetapi jika anda inginkan peranti bersaiz besar, pengalaman penggunaan dan keupayaan bateri yang lebih baik, iPhone 6s adalah jawapannya.

iPhone SE = Binaan iPhone 5s dengan spesifikasi iPhone 6s pada harga tawaran RM1949.Menariknya, iPhone SE ditawarkan pada harga bermula RM1949 untuk versi 16GB dan RM2449 untuk versi 64GB. Ia dilihat lebih murah berbanding iPhone 5s yang ditawarkan pada harga RM2199 sehingga ia ditamatkan jualan selepas iPhone SE ini diumumkan. Dengan harga permulaan RM1949, tentunya ramai yang akan berminat untuk beralih dan mendapatkan iPhone SE ini yang dilihat berpatutan berbanding tawaran iPhone terdahulu.

Tetapi perlu diingatkan, elakkan sesekali membeli iPhone dengan storan 16GB sekiranya anda kurang menggunakan cloud storage untuk backup gambar dan video serta menggunakan online streaming untuk muzik. Sekiranya tidak, anda akan menyesal dikemudian hari. Percayalah.

Dengan kemampuan rakaman video 4K pada iPhone SE, semestinya ia mengambil banyak ruang storan memori apatah lagi gambar 12MP yang semakin tinggi saiz memorinya. Bagaimana pula dengan aplikasi? Perlu diingatkan aplikasi sosial dan permesejan paling banyak menggunakan memori kerana melibatkan penggunaan cache yang tinggi.

Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, buat pilihan dengan mengambil versi 64GB. Jika anda ingin juga dengan pilihan memori 16GB, gunakan aplikasi Google Photos sebagai aplikasi backup untuk gambar dan video dengan storan tanpa had yang ditawarkan oleh Google. Untuk muzik pula, gunakan aplikasi Spotify atau JOOX untuk menjimatkan storan dengan memainkan lagu secara stream.

Untuk memudahkan anda memilih iPhone manakah yang menjadi kesesuaian anda, berikut kami serta jadual perbezaan di bawah. *Kami menyertakan iPhone 5s dan iPhone 6s Plus sebagai kemudahan menanda aras.

Perbandingan iPhone 5s, iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6s & iPhone 6s Plus

iPhone 5s

iPhone SE

iPhone 6

iPhone 6s

iPhone 6s Plus
Skrin
4.0-inci
4.0-inci
4.7-inci
4.7-inci
5.5-inci
Resolusi
1136 x 640
1136 x 640
1134 x 750
1134 x 750
1920 x 1080
Chipset
Apple A7
Apple A9
Apple A8
Apple A9
Apple A9
Memori
1GB RAM
LPDDR3
2GB RAM
LPDDR4
1GB RAM
LPDDR3
2GB RAM
LPDDR4
2GB RAM
LPDDR4
Kamera Belakang
8MP
12MP
8MP
12MP
12MP
Kamera Hadapan
1.2MP
1.2MP
1.2MP
5MP
5MP
Fungsi Tambahan
Touch ID
Touch ID
Apple Pay
Retina Flash
Touch ID
Apple Pay
Touch ID v2
Apple Pay
Retina Flash
3D Touch
Taptic Engine
Touch ID v2
Apple Pay
Retina Flash
3D Touch
Taptic Engine
Bateri
1560 mAh
1624 mAh
1810 mAh
1715 mAh
2750 mAh
Berat
112g
113g
129g
143g
192g
Harga
RM2199 (16GB)
RM2499 (32GB)
RM1949 (16GB)
RM2449 (64GB)
RM2699 (16GB)
RM3199 (64GB)
RM3199 (16GB)
RM3699 (64GB)
RM4199 (128GB)
RM3699 (16GB)
RM4199 (64GB)
RM4699 (128GB)

TIPS & ULASAN