Cari @ Amanz

Nintendo NX ialah konsol terkini yang sedang dibangunkan oleh Nintendo. Tahun lalu paten pengawal permainan ini tertiris ke arena web. Ia mempunyai skrin sesentuh pada keseluruhan panel hadapan yang membolehkan pelbagai butang tambahan khas untuk permainan tertentu. Ini ialah penambah baikan dari sistem skrin yang digunakan pada Wii U sebelum ini.

Nintendo-NX-leakGambar pengawal permainan NX ini akhirnya tertiris menerusi Reddit dan beberapa perubahan dilakukan dari paten asal. Keseluruhan pengawal kini berbentuk bujur tanpa kawasan pemegang pada bahagian sisi.  Penambahan juga diberikan dengan kamera dan pembesar suara pada bahagian bawah skrin. Rekaan ini kelihatan kurang ergonomik tetapi akan membuatkannya lebih menyerupai konfigurasi biasa pengguna memainkan aplikasi permainan pada peranti pintar.

Jika Sony mementingkan pembangunan VR dan Microsoft ingin menghasilkan Xbox One yang boleh ditambah kemampuan memproses, Nintendo juga mempunyai inovasi unik mereka tersendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd