New Normal – Fon Kepala Tanpa Wayar Dengan Rekaan Inovatif

New Normal – Fon Kepala Tanpa Wayar Dengan Rekaan Inovatif

Diterbitkan pada Mac 22, 2016 oleh .

iPhone 7 dikatakan tidak akan mempunyai bicu audio. Mulai dari peranti ini, pengguna iPhone perlu menggunakan fon kepala tanpa wayar bluetooth ataupun disambung menerusi port Lightning. Terdapat beberapa pilihan fon kepala bluetooth di pasaran sekarang tetapi tidak ada yang kelihatan unik. futuristik dan menakjubkan seperti fon kepala New Normal.

New-Normal-Fon-Kepala-32Fon kepala ini mempunyai sambungan diperbuat daripada kulit Napa dan pencangkuk yang diperbuat daripada logam. Ia kelihatan seperti alat komunikasi yang ditemui di dalam filem fiksyen sains. Terdapat sokongan mikrofon untuk membuat panggilan bebas tangan dan bateri yang mencukupi untuk beroperasi selama 8 jam tanpa henti. Ia dicas dengan sambungan USB-A yang tersorok pada salah sebuah fon kepala. Terdapat juga New Normal Sweat, versi sukan yang menggantikan tali kulit dengan getah silikon. Harga jualan bermula dari $149 (RM 601).

New-Normal-Fon-Kepala-3

 


TIPS & ULASAN