Apple Mula Menjual Mata Gantian Untuk Apple Pencil

Apple Mula Menjual Mata Gantian Untuk Apple Pencil

Diterbitkan pada Mac 22, 2016 oleh .

Apple Pencil ialah stylus berinovasi tinggi yang tidak wujud pada peranti lain di cakerawala. Ok itu adalah humor yang tidak menjadi dan hanya akan menyebabkan kemarahan peminat peranti Apple di ruangan komen. Apple Pencil sebenarnya adalah stylus yang dihasilkan untuk iPad Pro yang membolehkan pengguna melakar secara terus di atas skrin bagi menghasilkan hasil seni.

Apple-Pencil-Mata-Pena-2Apabila ia dijual beberapa bulan yang lalu, setiap Pencil disertakan dengan sebuah mata pena gantian tambahan. Sekiranya pemilik Pencil kehilangan mata pena ini, mereka tiada pilihan lain terpaksa membeli pencil baru pada harga RM 469 sebatang. Semalam Apple mula menjual mata pena gantian menerusi laman rasmi mereka. Set empat mata pena gantian dijual pada harga RM 89. Pesanan boleh dilakukan hari ini dan anda akan menerimanya Isnin minggu hadapan.


TIPS & ULASAN